Monday, November 18, 2013

Jika Remuk hatimu....

Selamat Pageeeeeeeeeeee.......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wahhhh..hari ini rasa semangat lagi sebab kasih Tuhan selalu menyedarkan saya betapa Dia mengasihi kita semua....yang percaya katakan......

.................Amen!!!!!!!!!!................

Hari ini saya tidak berpuasa....tapi saya masih mendoakan kesembuhan orang tersayang itu..Awwww..so sweeeeettttttttttt..**maw plastik beg?bwekkkk!!..kekekeke


Tengok tajuk entry **macam drama je **macam novel je** macam kecewe je**nak flyingkick boleh?hahahaha! Kesian mereka yang tidak bersalah tiba2 kena flyingkick..kekekeke..Ok2 hari ini bukan maw cerita pasal pasal novel ka or even drama. Actually, hari ini maw share tentang kekecewaan, penyesalan, kesedihan, kepatahan **Eh, tetiba kepatahan..Ya lebih kurang begitula..

Looking at nowadays, I just feel a bit upset. Why? Sebab terlalu ramai remaja dan tidak kurang yang dewasa sudah obses yang dunia cinta mereka sehingga apabila mereka dikecewakan, mereka lupa bahawa mereka masih ada keluarga yang sentiasa menyayangi mereka dan tidak akan ada istilah 'Putus cinta" dan 'Penyesalan' di dalam hubungan kekeluargaan itu!**garang nya...tatuit gegel (>.<)Biarlah garang, apa yang penting mesej berjaya disampaikan =)

Ini lah dunia, apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila mereka kecewa dan sempat berfikir untuk bunuh diri???!!!!!????..Agaknya mereka ingat nyawa itu ada jual di kedai basikal? Ada jual di kedai tayar? Ada jual di Giant? yang boleh didapati di bahagian daging2, ayam2 tu kan? Ada mungkin? yang organ2 binatang tu kan mereka ingat boleh ganti dengan itu ja? Urmmmmmmm....**geleng kepala pat ploh pat ratus kali. Ana banyak fening la..fening...maw finsan la..finsan...

Emo pula saya ni hari kan..bukan apa kalau tidak dilepaskan apa yang ada dihati ni, nanti boleh jadi penyakit berjangkit wohhhh...tiba2 jadi zombi..hikhikhikhik..

Kamu perlu tahu yang Tuhan itu adalah Allah yang mengasihi kita lebih dari segalanya. Jika kamu tidak  mendapatkan cinta dari pasangan kamu, ingatlah bahawa masih ada peribadi yang sentiasa cinta kamu, dan sentiasa menanti kamu untuk datang kepada Dia. Cinta Nya yang sungguh2, tiada keraguan, setia, tulus dan suci. Hanya Dia saja yang dapat mendengar keluh kesah kamu, yang mengerti perasaan kamu dan yang peduli apa yang kamu alami.

"Ia menyembuhkan orang-orang yang patah hati dan membalut luka-luka mereka" - (Mazmur 147 : 3)
" Tuhan itu dekat kepada orang-orang yang patah hati, dan Ia menyelamatkan orang-orang yang remuk jiwanya" - (Mazmur 34 : 18) 

Saat kamu di dalam kekecewaan, datang lah kepada Tuhan, cari lah Dia di dalam doa kamu. Minta lah sukacita dan penghiburan daripada Nya. Kamu pasti akan mendaapatkannya. Jangan lah bertanya "Dimanakah Tuhan di saat aku patah hati?" Kerana Dia ada dekat dengan mu. Dia hanya sejauh doa.

Jika kamu baca ini, dan kamu dapati ada kawan atau saudara kamu mengalami patah hati ajak lah mereka untuk berbicara dan berdoa atau kamu sendiri yang dikecewakan, ambil masa untuk Doa dan datang kepada Tuhan. Dia pasti akan menyembuhkan hati kamu. Lepas tu boleh lah release tension dengan Shopping!!!hahahaha....



PTL untuk entry hari ini. Semoga kamu diberkati dan membawa damai bagi orang disekeliling kamu.

Jumpa lagi untuk entry yang lain. Selamat berkerja dan Tuhan memberkati!!

Bye for now ^^

No comments:

Post a Comment