Sunday, July 13, 2014

Lidah lebih tajam dari Pedang....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC8BNQHDgm6Ck7ovwWaE4nFi6ysnF4vrcSEFoNymwiWuQsiri9NptgJPKDRYdjbwmwGIXuQEkYqOWvQLehITdj1QHXx9FORRsmvojWT98KEut7sqJWAJUnqKuFtzWB3fbxFmUY8C_5mlw/s400/tongue.jpg 


Syalom anak2 Tuhan...
Haleluyah! Haleluyah! Haleluyah!
Syukur kerna kita masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan memuji Dia!

Tadi pagi ms.vie breakfast dengan aunty Saran and mummy, kami makan roti canai..dap..dap..dapnyer hihi..Sorry kepada yang berpuasa, sabar ya, nanti 6.30 pm boleh berbuka sudah and cepat2 cari roti canai ok? =D

Okay, lupakan tentang hal makanan dulu, sekarang mari kita melihat bersama2 apakah maksud disebalik tajuk entry ms.vie ni.

Dulu, ms.vie tidak faham sangat, kenapa lidah itu dikatakan lebih tajam dari pedang? rasanya pedang tu lebih tajam lah kan...apa pula lidah yang lemah lembut tu boleh jadi tajam? kalau betul lidah tu tajam, mesti dah berdarah2 mulut ms.vie ni..kan?kan?kekeke...

Lama2..bila ms.vie sudah meningkat dewasa, sudah mengalami sendiri, barulah ms.vie mengerti..Oh! Rupanya begitu..Oh! Rupanya begini....

Kalau dilihat fizikal lidah itu sendiri, memanglah tak logik, lidah tiba2 boleh jadi pedang?..hihi..lucu! Tetapi jika kita fahamkan maksud disebalik ayat itu, Ya! Memang sangat BETUL!

 Sebab tu ada orang cakap, "Hati2 dengan lidahmu, dan peliharalah ia" sebab kadang2 kita takkan tahu ada bahasa2 atau perkataan2 yang keluar dari mulut kita yang akan menyakiti hati orang. Mungkin ia secara sengaja atau tidak tersengaja, tetapi "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa"
Apa yang diucapkan, sudah tidak boleh diambil balik, seperti masa yang sudah berlalu, sudah tidak boleh diulang kembali. 

"Ada orang yang lancang mulutnya seperti tikaman pedang, tetapi lidah orang bijak mendatangkan kesembuhan"-( Ams 12:18)

Tidak susah untuk mengucapkan hal2 yang baik, jika terang hatinya, terang juga budi bicaranya, ada beberapa jenis orang yang sukar untuk mengawal lidahnya, apa saja yang diucapkan pasti pedih seperti ditikam2 pedang, ada caranya...


  1. Sebelum bercakap, fikir dulu, ayat apakah yang harus kita ucapkan supaya ayat itu menyedapkan telinga yang mendengar..
  2. Dengan siapakah yang kita bercakap itu, jika teman2, mungkin boleh gunakan bahasa2 anak muda sekarang, tetapi bagaimana jika bercakap dengan orang tua? atau yang lebih dewasa dari kita? Boleh tidak kita gunakan bahasa anak muda? Tentu saja tidak boleh! Hormatilah mereka, dan gunakanlah bahasa2 yang menyenangkan hati mereka.
  3. Jika sudah terlajak perahu, cepat2 lah minta maaf, jangan disebabkan malu, kita tidak berani untuk meminta maaf, kalau kita salah, kita lah yang harus meminta maaf. Sekurang2 hati yang tersakiti itu berasa lega sebab kita sudah mengaku kesalahan.
  4. Lebih baik diam daripada bercakap. Kalau anda sudah sedia maklum yang mulut anda ni lancang, berdiam itu adalah tindakan yang bijak.
Itu saja perkongsian ms.vie harini, nasihat ms.vie, gunakanlah lidah kalian dengan sebijak2nya. Pakailah ia untuk memberkati dan membangun jiwa2 dan bukan untuk menjatuhkan serta menindas mereka =)

**********************

Salam Kasih Yesus Kristus Juruselamat Kita Yang Kekal!

Tuhan Memberkati!

=)

Wednesday, July 9, 2014

Mengasihi satu sama yang lain..

Syalom anak2 Tuhan =)
Hari ini cuaca sedikit mendung, tak panas langsung, sekarang ni kan musim hujan, tambah lagi sejuk aircond..huhu itu yang buat kepala rasa sakit..(ai, salahkan aircond pula..hehe)

Kelmarin cerita tentang cinta, hari ini ms.vie maw cerita tentang mengasihi..eh, macam sambungan cerita hari tu punya pula kan..hihi kebetulan rasa dihati macam maw kongsi tentang Mengasihi sesama sendiri...

Siapa yang pernah sakit hati?

Siapa yang pernah berdendam?

Siapa yang pernah iri hati?

Stop!!Stop!!Stop!!

Berhentilah miliki perasaan seperti di atas..bagaimana pun perbuatan orang2 disekeliling kita yang menyakiti hati kita, harus lah kita menerima dengan hati yang tenang dan memaafkannya..Mungkin mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka, biasalah kalau orang sudah marah, kadang2 susah maw control kemarahan tu sehingga mereka terlalu mudah untuk mengeluarkan perkataan2 yang tidak sepatutnya di ucapkan. 

Berdendam? OKay, ms.vie ada seorang kenalan lelaki nama dia Tirex (bukan nama sebenar) Dia ni seorang yang sangat sensitif, mudah terluka dan cepat ambil hati (pelik juga lelaki yang sensitif ni kan..hihi) Hampir satu pejabat dengannya, dia tidak suka. Sikit2 mengadu benci dengan orang tu, benci dengan orang ni, benci..benci..benci..tidak habis2 dengan benci! Besar betul kebencian dia sampai hari2 ada ja orang yang dia benci..huhu..

Ms.vie ada bagitahu dengan Tirex ni, jangan benci2 orang, bila kita tidak suka orang lain, tidak ada mustahil orang lain juga tidak suka kita. My mom selalu advice ms.vie, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Faham kan? Erti kata lain, macam mana pun orang buat jahat dengan kita, jangan sesekali membalas kejahatan dengan kejahatan, "Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, lakukanlah apa yang baik bagi semua orang" - (Rom 12:17) Satu cara yang baik untuk menentang kejahatan adalah berbuatlah baik dengan mereka =)

Haruslah kita mengasihi satu sama yang lain, kerna itu lah perintah Allah kepada umatNya (Yoh 15:17)
"Tetapi AKu berkata kepadamu : Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" (Mat 5: 44)

TIdak kiralah samada teman baik kamu menganiaya kamu, teman sepejabat, saudara kamu, or even adik beradik kamu sekalipun..bersedia lah untuk mengampuni mereka, milikilah hati seperti hati Bapa.

Jika kamu diberi racun, berilah mereka MADU, jika kamu diberi duri, berilah mereka BUNGA. Kerna Kasih itu tiada ternilai dari apapun yang berharga di dunia ni =)

Demikian perkongsian ms.vie hari ini..Semoga kalian diberkati ya! 

***************

=)

Monday, July 7, 2014

C.I.N.T.A.

Syalom semuanya..
Selamat petang dan selamat berhempas pulas dengan pekerjaan..hehe..kita seharusnya bersyukur kerna masih mampu melakukan pekerjaan jadi mengucap syukur lah dalam segala hal 
(1 Tes 1:3) =)

Wah, tengok title macam terus berbunga2 hati tu kan..kalau tiada bunga pun paling2 jantung dup..dap..dup..dap..hihi (Aik, macam jantung ms.vie ja tu =P)

Kali ini ms.vie ambil tajuk yang simple tapi interesting dan mudah difahami. Anak2 muda mesti suka topik ni kan, so pastikan kamu baca sampai habis ya.

Apakah definisi Cinta menurut fahaman kamu? Aipp..no google search ya! =D

Okay, kamu simpan jawapan kamu itu dulu ya..Now ms.vie akan dedahkan apa kata mr.google mengenai cinta.

Cinta adalah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya. Bisa dialami semua makhluk. Penggunaan perkataan cinta juga dipengaruhi perkembangan semasa. Perkataan sentiasa berubah arti menurut tanggapan, pemahaman dan penggunaan di dalam keadaan, kedudukan dan generasi masyarakat yang berbeda. Sifat cinta dalam pengertian abad ke-21 mungkin berbeda daripada abad-abad yang lalu. Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluapkan perasaan seperti berikut:

 Kesemua jawapan di atas merupakan jawapan dari mr.google, sangat terperinci tapi agak comlicated untuk di fahami, bukan? Ms.vie baca pun perlu di ulang2 sebab bahasa2 digunakan untuk menjelaskan maksud cinta itu agak rumit...terus cari panadol..sebab pening kepala baca..hihi..

Ini pula kata ms.vie...
Cinta itu adalah sebuah perasaan atau emosi yang lahir dari hati seseorang dan ia membawa perasaan yang sangat menyenangkan, membahagiakan, menggembirakan, menceriakan, dan sukacita! hihi samalah tu kan..

Sebenarnya, kalau kita tanya orang, jawapannya sangat banyak, pemahaman manusia itu berbeza2 mengikut situasi dan keadaan yang mereka nilai sendiri. Contohnya, jika mereka mengambil contoh rakan baik mereka yang putus cinta lalu commit suicide, maka pemahaman mereka adalah "Cinta itu membunuh" ataupun mereka menilai situasi mereka sendiri, keluarga berantakkan, penceraian ibu bapa, maka mereka mendefinisikan, "Love is disaster"

Tadi ms.vie terus whatsapp di group BFF ms.vie, ms.vie suruh mereka definisikan cinta hanya dengan 3 perkataan. Nah, ini jawapan2 mereka..

Stella: Love is Universal
Joyner: Cinta itu Kasih
Gecorinna: Love is Sweet

Hehe..macam2 kan jawapan mereka ni. Manis2 ja jawapan mereka, biasalah jiwa muda semuanya indah2 ja  =P

Tetapi jika menurut firman Tuhan, cinta itu apa?

Di dalam bahasa yunani, cinta atau kasih itu disebut Agape. Seperti Kasih Agape = Kasih Allah

Kasih Agape adalah kasihnya Allah. Kasih Agape bekerja untuk memberikan kebaikan bagi orang lain tanpa memperdulikan apa yang dirasakannya sendiri. Yesus menunjukkan kasih ini, Dia memikul salib dan mati bagi kita semua tanpa memperdulikan apa yang Ia sendiri rasakan saat itu.

Yesus berusaha bagi kebaikan anda dan ms.vie, tanpa memperdulikan perasaan-perasaan-Nya sendiri. Matius 7:12 menyebutkan, "Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi."

Jika kita mengambil contoh Kasih Yesus, kita dapat memahami sendiri bahawa cinta Yesus itu lebih kepada satu Pengorbanan. "Karena begitu besar kasih  Allah akan dunia ini , sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya  kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." (Yoh 3:16)

****************
Perkongsian ms.vie sampai di sini saja dulu, kita akan bersambung lain hari lagi ya...


Sunday, July 6, 2014

MENGANDALKAN YESUS DALAM SEGALA PERKARA...

Syalom semuanya..
Puji Tuhan kerana hari ini kita masih dapat bernafas dan melihat Kasih serta KemuliaanNya =)

Bagaimana hari anda hari ini? Bagus2? Atau stress dengan pekerjaan di office? atau excited kerna petang nanti boleh pergi bazaar dan beli macam2 makanan? hihi..pandai2 ja ms.vie ni kan..tak apalah sharing kemeriahan itu rasanya tidak salah..boleh tumpang2 =D

Oleh kerna hari ini adalah Jumaat (TGIF!!) maka panjanglah masa rehat ms.vie dari jam 11.30 - 2.00 ptg, dan petang nanti maw balik kampung sipitang, ibunda sudah pun menunggu anaknya yang kiut biut ni...alololo =P

Sharing hari ini sangat interesting, iaitu mengandalkan Tuhan dalam apapun perkara yang kita hadapi samada dalam bentuk masalah seperti pergumulan tentang kewangan, pekerjaan, keluarga, pasangan atau masa depan. Iya, kita sebagai hamba yang telah pun menerima Yesus untuk masuk dalam kehidupan kita serta telah menyerahkan segnap hati, jiwa dan hidup kita untuk Dia, maka apapun yang berlaku, kita harus ingat bahawa Dia satu-satunya peribadi yang harus kita andalkan, lebih dari pasangan anda, BFF anda, atau teman tapi mesra anda..Yesus itu nombor 1!

Kerna apa kita harus mengandalkan Nya? bukan kerna tuntutan atau syarat, sebab kita boleh saja menggunakan kekuatan kita sendiri, tapi soalnya boleh kah kita? Mampu kah kita hadapinya sendiri? Sebesar manakah kekuatan yang kita ada? Adakah kita punya kuasa seperti yang Tuhan ada? Jawapannya mudah, kerna ia adalah satu jaminan bahawa "Dialah satu-satuNya jalan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku"(Yoh 14:6),  "Serahkanlah segala kekuatiranmu kepadaNya, sebab Ia yang memelihara kamu" (1 Pet 5:7), "Diberkatilah orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruh harapanya pada Tuhan!" (Yer 17:7)

Sangat jelas bukan, bahkan di dalam Alkitab sendiri Tuhan sudah pun berbicara kepada seluruh umatNya , bahawa Dia lah yang harus kita cari "Mintalah, maka kamu akan diberi, Carilah, maka akan mendapatkan, Ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu"(Mat 10:11)

Sentiasa berdoa itulah kunci keberhasilan dalam apapun yang kita hadapi, janganlah hanya pada waktu kita susah atau sedih baru lah kita ingat Tuhan dan mula persoalkan di manakah keberadaan Tuhan pada saat kita perlukan Nya, seolah-olah kita itu hanya mencari Tuhan bila mana kita perlu saja, dan waktu kita sudah senang, kita lupa, dan hubungan dengan Tuhan itu semakin menjauh. Bagaimana Tuhan harus menolong jika kita sendiri yang menjauhkan diri dariNya, sedangkan Tuhan menginginkan anak2 Nya setia, selalu berharap, dan dekat dengan Nya.

Di sini saya memberi sebuah gambaran atau cerita mengenai seorang hamba Tuhan yang mempunyai hubungan sangat dekat dengan Tuhan, namanya Dorothy, dia seorang yang sangat aktif melayani di gereja. Apa saja aktiviti di gereja, pasti dialah orang pertama yang ikut serta, dia seorang mahasiswi jurusan engineer di salah satu IPT di Malaysia.

Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa Dorothy lahir dari keluarga yang susah, bapanya seorang petani, ibunya tidak bekerja kerna sakit, adik beradiknya 6 orang dan masih bersekolah. Dorothy tidak pernah merungut dengan kesusahan yang dia hadapi, setiap hari dia berdoa agar Tuhan memberikan dia kesempatan untuk membahagiakan orang tuanya.

Oleh kerana Dorothy seorang yang bijak di sekolah, maka dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Tuhan menjawap doa Dorothy kerna dia setia dengan Tuhan. Dia tidak mahu membebankan orang tuanya memandangkan adik2nya yang lain masih lagi bersekolah, jadi dia berdoa agar Tuhan memberikan dia pekerjaan part time agar dapat meringankan beban orang tuanya. Tidak lama, dia ditawarkan untuk menjadi part time tutor di sebuah pusat tuisyen kepunyaan salah seorang jemaat di gerejanya. Wah, Dorothy sangat bersyukur sekali, saat itu juga dia terus berdoa sehingga air matanya jatuh, Dorothy tidak berhenti-henti mengucapkan syukur dan menyanyi puji-pujian. Tuhan setia mendengar dan menjawap doa anakNya yang setia kepadaNya. Hidup Dorothy sangat diberkati.

Pada suatu petang, sewaktu Dorothy pulang dari kuliah, dia berjalan kaki ke tempat tuisyen nya, dia melewati satu tempat yang agak sunyi dan gelap, suasananya tidak seperti hari kebiasaan, gerai makan di hujung lorong itu juga ditutup, jika tidak, pasti tempat itu riuh dengan pelanggan2 tetap di di situ.  Dorothy berasa hairan dan muncul perasaan risau dalam hatinya. Namun dia ingat kata2 Tuhan, agar menyerahkan kekhuatiran kepadaNya. Sambil Dorothy berjalan, dia nyanyikan lagu favourite nya "Ada satu sobatku yang setia, yang tak pernah meninggalkan diriku. Di waktu aku susah, waktu ku sendirian, Dia selalu menemani diriku. Namanya Yesus, Namanya Yesus, Nama Yesus yang menghibur hatiku." Dia menyanyikan nya ulang2...Tiba2, dia terhenti menyanyi, dia terdengar bunyi motorsikal dari arah belakang, dia menoleh kebelakang. Sebuah motorsikal meluru ke arahnya, Dorothy mempercepatkan langkahnya, dia tidak putus2 berdoa agar Tuhan melindunginya dari ancaman bahaya. Hanya sekelip mata sahaja, Dorothy lihat begnya sudah diragut, dia tidak sempat melawan apalagi untuk kejar, peragut tersebut begitu kuat sekali menarik begnya, sehingga dia terasa badannya juga terikut ditarik. Dorothy kaku sebentar, dia terkejut, handphone dan dompetnya turut diambil. Sampai di tempat tuisyen nya, dia memberitahu majikannya tentang peristiwa tadi. Majikannya terus membawa Dorothy untuk membuat report di balai polis.

Peristiwa malang yang Dorothy hadapi sedikit pun tidak mengurangkan cintanya terhadap Tuhan. Malah dia sangat bersyukur kerna hanya beg dan barang2 saja yang diambil. Peragut2 itu sedikit pun tidak mengapa2 kan dirinya. Tuhan telah menyelamatkannya dari kecelakaan, dia selamat, dan dia bersyukur. Beberapa hari kemudian, Dorothy menerima panggilan dari polis mengatakan peragut yang meragut beg nya itu sudah ditangkap, dan dia diminta untuk mengambil barang2 nya di balai. Wah, Dorothy sangat bersyukur sekali. Dia percaya bahawa Tuhan itu sentiasa ada di mana2, dan tidak pernah sekalipun meninggalkannya sendiri menghadapi badai hidup.

Dorothy kini seorang yang berjaya, dia telah graduate dengan sarjana, berjaya melanjutkan studies nya dengan master in engineering, dan berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah perusahaan yang terkenal di ibu kota. Langsung membawa keluargnya keluar dari kehidupan yang serba kekurangan itu. Dia membeli sebuah rumah, merawat ibunya dan adik2 nya mendapatkan sekolah yang baik, bapanya juga sudah tidak bekerja, hanya menjaga ibunya di rumah baru mereka. Walaupun kehidupan Dorothy sudah berubah , namun cintanya dan kesetiaannya kepada Tuhan itu tidak pernah kurang, malah setiap bulan dia akan melawat badan2 kebajikan, menyalurkan beberapa bantuan serta menganjurkan beberapa program untuk badan kebajikan tersebut. Dorothy sering menasihati adik2 nya agar tidak cepat putus asa, sentiasa berdoa dan jangan sekali memutuskan hubungan dengan Tuhan, setia memberi kerna Tuhan akan menyediakan berkat yang melimpah-limpah lagi untuk mereka yang setia kepadaNya.

Demikian lah cerita atau gambaran yang panjang lebar dari ms.vie, semoga kalian diberkati dengan cerita Dorothy itu ya.
Sampai sini saja dulu...Tuhan memberkati!
=)