Monday, July 7, 2014

C.I.N.T.A.

Syalom semuanya..
Selamat petang dan selamat berhempas pulas dengan pekerjaan..hehe..kita seharusnya bersyukur kerna masih mampu melakukan pekerjaan jadi mengucap syukur lah dalam segala hal 
(1 Tes 1:3) =)

Wah, tengok title macam terus berbunga2 hati tu kan..kalau tiada bunga pun paling2 jantung dup..dap..dup..dap..hihi (Aik, macam jantung ms.vie ja tu =P)

Kali ini ms.vie ambil tajuk yang simple tapi interesting dan mudah difahami. Anak2 muda mesti suka topik ni kan, so pastikan kamu baca sampai habis ya.

Apakah definisi Cinta menurut fahaman kamu? Aipp..no google search ya! =D

Okay, kamu simpan jawapan kamu itu dulu ya..Now ms.vie akan dedahkan apa kata mr.google mengenai cinta.

Cinta adalah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya. Bisa dialami semua makhluk. Penggunaan perkataan cinta juga dipengaruhi perkembangan semasa. Perkataan sentiasa berubah arti menurut tanggapan, pemahaman dan penggunaan di dalam keadaan, kedudukan dan generasi masyarakat yang berbeda. Sifat cinta dalam pengertian abad ke-21 mungkin berbeda daripada abad-abad yang lalu. Ungkapan cinta mungkin digunakan untuk meluapkan perasaan seperti berikut:

 Kesemua jawapan di atas merupakan jawapan dari mr.google, sangat terperinci tapi agak comlicated untuk di fahami, bukan? Ms.vie baca pun perlu di ulang2 sebab bahasa2 digunakan untuk menjelaskan maksud cinta itu agak rumit...terus cari panadol..sebab pening kepala baca..hihi..

Ini pula kata ms.vie...
Cinta itu adalah sebuah perasaan atau emosi yang lahir dari hati seseorang dan ia membawa perasaan yang sangat menyenangkan, membahagiakan, menggembirakan, menceriakan, dan sukacita! hihi samalah tu kan..

Sebenarnya, kalau kita tanya orang, jawapannya sangat banyak, pemahaman manusia itu berbeza2 mengikut situasi dan keadaan yang mereka nilai sendiri. Contohnya, jika mereka mengambil contoh rakan baik mereka yang putus cinta lalu commit suicide, maka pemahaman mereka adalah "Cinta itu membunuh" ataupun mereka menilai situasi mereka sendiri, keluarga berantakkan, penceraian ibu bapa, maka mereka mendefinisikan, "Love is disaster"

Tadi ms.vie terus whatsapp di group BFF ms.vie, ms.vie suruh mereka definisikan cinta hanya dengan 3 perkataan. Nah, ini jawapan2 mereka..

Stella: Love is Universal
Joyner: Cinta itu Kasih
Gecorinna: Love is Sweet

Hehe..macam2 kan jawapan mereka ni. Manis2 ja jawapan mereka, biasalah jiwa muda semuanya indah2 ja  =P

Tetapi jika menurut firman Tuhan, cinta itu apa?

Di dalam bahasa yunani, cinta atau kasih itu disebut Agape. Seperti Kasih Agape = Kasih Allah

Kasih Agape adalah kasihnya Allah. Kasih Agape bekerja untuk memberikan kebaikan bagi orang lain tanpa memperdulikan apa yang dirasakannya sendiri. Yesus menunjukkan kasih ini, Dia memikul salib dan mati bagi kita semua tanpa memperdulikan apa yang Ia sendiri rasakan saat itu.

Yesus berusaha bagi kebaikan anda dan ms.vie, tanpa memperdulikan perasaan-perasaan-Nya sendiri. Matius 7:12 menyebutkan, "Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi."

Jika kita mengambil contoh Kasih Yesus, kita dapat memahami sendiri bahawa cinta Yesus itu lebih kepada satu Pengorbanan. "Karena begitu besar kasih  Allah akan dunia ini , sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya  kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal." (Yoh 3:16)

****************
Perkongsian ms.vie sampai di sini saja dulu, kita akan bersambung lain hari lagi ya...


No comments:

Post a Comment