Syalom semuanya..
Puji Tuhan kerana hari ini kita masih dapat bernafas dan melihat Kasih serta KemuliaanNya =)
Bagaimana hari anda hari ini? Bagus2? Atau stress dengan pekerjaan di office? atau excited kerna petang nanti boleh pergi bazaar dan beli macam2 makanan? hihi..pandai2 ja ms.vie ni kan..tak apalah sharing kemeriahan itu rasanya tidak salah..boleh tumpang2 =D
Oleh kerna hari ini adalah Jumaat (TGIF!!) maka panjanglah masa rehat ms.vie dari jam 11.30 - 2.00 ptg, dan petang nanti maw balik kampung sipitang, ibunda sudah pun menunggu anaknya yang kiut biut ni...alololo =P
Sharing hari ini sangat interesting, iaitu mengandalkan Tuhan dalam apapun perkara yang kita hadapi samada dalam bentuk masalah seperti pergumulan tentang kewangan, pekerjaan, keluarga, pasangan atau masa depan. Iya, kita sebagai hamba yang telah pun menerima Yesus untuk masuk dalam kehidupan kita serta telah menyerahkan segnap hati, jiwa dan hidup kita untuk Dia, maka apapun yang berlaku, kita harus ingat bahawa Dia satu-satunya peribadi yang harus kita andalkan, lebih dari pasangan anda, BFF anda, atau teman tapi mesra anda..Yesus itu nombor 1!
Kerna apa kita harus mengandalkan Nya? bukan kerna tuntutan atau syarat, sebab kita boleh saja menggunakan kekuatan kita sendiri, tapi soalnya boleh kah kita? Mampu kah kita hadapinya sendiri? Sebesar manakah kekuatan yang kita ada? Adakah kita punya kuasa seperti yang Tuhan ada? Jawapannya mudah, kerna ia adalah satu jaminan bahawa "Dialah satu-satuNya jalan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku"(Yoh 14:6), "Serahkanlah segala kekuatiranmu kepadaNya, sebab Ia yang memelihara kamu" (1 Pet 5:7), "Diberkatilah orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruh harapanya pada Tuhan!" (Yer 17:7)
Sangat jelas bukan, bahkan di dalam Alkitab sendiri Tuhan sudah pun berbicara kepada seluruh umatNya , bahawa Dia lah yang harus kita cari "Mintalah, maka kamu akan diberi, Carilah, maka akan mendapatkan, Ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu"(Mat 10:11)
Sentiasa berdoa itulah kunci keberhasilan dalam apapun yang kita hadapi, janganlah hanya pada waktu kita susah atau sedih baru lah kita ingat Tuhan dan mula persoalkan di manakah keberadaan Tuhan pada saat kita perlukan Nya, seolah-olah kita itu hanya mencari Tuhan bila mana kita perlu saja, dan waktu kita sudah senang, kita lupa, dan hubungan dengan Tuhan itu semakin menjauh. Bagaimana Tuhan harus menolong jika kita sendiri yang menjauhkan diri dariNya, sedangkan Tuhan menginginkan anak2 Nya setia, selalu berharap, dan dekat dengan Nya.
Di sini saya memberi sebuah gambaran atau cerita mengenai seorang hamba Tuhan yang mempunyai hubungan sangat dekat dengan Tuhan, namanya Dorothy, dia seorang yang sangat aktif melayani di gereja. Apa saja aktiviti di gereja, pasti dialah orang pertama yang ikut serta, dia seorang mahasiswi jurusan engineer di salah satu IPT di Malaysia.
Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa Dorothy lahir dari keluarga yang susah, bapanya seorang petani, ibunya tidak bekerja kerna sakit, adik beradiknya 6 orang dan masih bersekolah. Dorothy tidak pernah merungut dengan kesusahan yang dia hadapi, setiap hari dia berdoa agar Tuhan memberikan dia kesempatan untuk membahagiakan orang tuanya.
Oleh kerana Dorothy seorang yang bijak di sekolah, maka dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Tuhan menjawap doa Dorothy kerna dia setia dengan Tuhan. Dia tidak mahu membebankan orang tuanya memandangkan adik2nya yang lain masih lagi bersekolah, jadi dia berdoa agar Tuhan memberikan dia pekerjaan part time agar dapat meringankan beban orang tuanya. Tidak lama, dia ditawarkan untuk menjadi part time tutor di sebuah pusat tuisyen kepunyaan salah seorang jemaat di gerejanya. Wah, Dorothy sangat bersyukur sekali, saat itu juga dia terus berdoa sehingga air matanya jatuh, Dorothy tidak berhenti-henti mengucapkan syukur dan menyanyi puji-pujian. Tuhan setia mendengar dan menjawap doa anakNya yang setia kepadaNya. Hidup Dorothy sangat diberkati.
Pada suatu petang, sewaktu Dorothy pulang dari kuliah, dia berjalan kaki ke tempat tuisyen nya, dia melewati satu tempat yang agak sunyi dan gelap, suasananya tidak seperti hari kebiasaan, gerai makan di hujung lorong itu juga ditutup, jika tidak, pasti tempat itu riuh dengan pelanggan2 tetap di di situ. Dorothy berasa hairan dan muncul perasaan risau dalam hatinya. Namun dia ingat kata2 Tuhan, agar menyerahkan kekhuatiran kepadaNya. Sambil Dorothy berjalan, dia nyanyikan lagu favourite nya "Ada satu sobatku yang setia, yang tak pernah meninggalkan diriku. Di waktu aku susah, waktu ku sendirian, Dia selalu menemani diriku. Namanya Yesus, Namanya Yesus, Nama Yesus yang menghibur hatiku." Dia menyanyikan nya ulang2...Tiba2, dia terhenti menyanyi, dia terdengar bunyi motorsikal dari arah belakang, dia menoleh kebelakang. Sebuah motorsikal meluru ke arahnya, Dorothy mempercepatkan langkahnya, dia tidak putus2 berdoa agar Tuhan melindunginya dari ancaman bahaya. Hanya sekelip mata sahaja, Dorothy lihat begnya sudah diragut, dia tidak sempat melawan apalagi untuk kejar, peragut tersebut begitu kuat sekali menarik begnya, sehingga dia terasa badannya juga terikut ditarik. Dorothy kaku sebentar, dia terkejut, handphone dan dompetnya turut diambil. Sampai di tempat tuisyen nya, dia memberitahu majikannya tentang peristiwa tadi. Majikannya terus membawa Dorothy untuk membuat report di balai polis.
Peristiwa malang yang Dorothy hadapi sedikit pun tidak mengurangkan cintanya terhadap Tuhan. Malah dia sangat bersyukur kerna hanya beg dan barang2 saja yang diambil. Peragut2 itu sedikit pun tidak mengapa2 kan dirinya. Tuhan telah menyelamatkannya dari kecelakaan, dia selamat, dan dia bersyukur. Beberapa hari kemudian, Dorothy menerima panggilan dari polis mengatakan peragut yang meragut beg nya itu sudah ditangkap, dan dia diminta untuk mengambil barang2 nya di balai. Wah, Dorothy sangat bersyukur sekali. Dia percaya bahawa Tuhan itu sentiasa ada di mana2, dan tidak pernah sekalipun meninggalkannya sendiri menghadapi badai hidup.
Dorothy kini seorang yang berjaya, dia telah graduate dengan sarjana, berjaya melanjutkan studies nya dengan master in engineering, dan berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah perusahaan yang terkenal di ibu kota. Langsung membawa keluargnya keluar dari kehidupan yang serba kekurangan itu. Dia membeli sebuah rumah, merawat ibunya dan adik2 nya mendapatkan sekolah yang baik, bapanya juga sudah tidak bekerja, hanya menjaga ibunya di rumah baru mereka. Walaupun kehidupan Dorothy sudah berubah , namun cintanya dan kesetiaannya kepada Tuhan itu tidak pernah kurang, malah setiap bulan dia akan melawat badan2 kebajikan, menyalurkan beberapa bantuan serta menganjurkan beberapa program untuk badan kebajikan tersebut. Dorothy sering menasihati adik2 nya agar tidak cepat putus asa, sentiasa berdoa dan jangan sekali memutuskan hubungan dengan Tuhan, setia memberi kerna Tuhan akan menyediakan berkat yang melimpah-limpah lagi untuk mereka yang setia kepadaNya.
Demikian lah cerita atau gambaran yang panjang lebar dari ms.vie, semoga kalian diberkati dengan cerita Dorothy itu ya.
Sampai sini saja dulu...Tuhan memberkati!
=)